Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilapor tiba di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru sebentar tadi.
Berita Harian melaporkan, turut kelihatan kenderaan rasmi membawa Menteri Besar Johor yang baru, Dr Sahruddin Jamal.
Rombongan itu dilihat memasuki Istana Pasir Pelangi pada jam 10.50 pagi.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikatakan memberi perkenan kepada Muhyiddin untuk terima mengadap, hari ini.
Laporan itu tidak menyebutkan agenda pertemuan berkenaan, namun dipercayai bagi mempersembahkan senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco).
Malaysiakini difahamkan bahawa majlis angkat sumpah barisan exco baru dijangka diadakan 8.30 pagi esok di Istana Bukit Serene.
Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene Ahad lepas menggantikan Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April lalu.
Sehari sebelum itu, Osman memaklumkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim menetapkan syarat supaya menteri besar Johor yang baharu membuat rombakan kepada barisan exco kerajaan negeri.
Bercakap kepada pemberita pada 17 April lalu, Dr Sahruddin memaklumkan bahawa rombakan barisan exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir minggu.
“Seperti yang saya cakap, saya akan memilih exco yang saya selesa bekerja dengan mereka...
“Insya-Allah kita akan lihat nama-nama itu (senarai baharu). Nanti saya umumkan...insya-Allah beberapa hari lagi sebelum minggu hadapan,” katanya.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan dengan memetik sumber bahawa antara exco sedia ada yang bakal digugurkan ialah Mazlan Bujang (Bersatu-Puteriwangsa) dan Tan Hong Pin (DAP-Skudai), yang menurut sumber, kedua-duanya tidak disenangi istana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan