Isnin, 22 April 2019

Betul ke Mak Cik Puaka itu Sharifah Shahirah?

Gempak- ASTRO AWANI
Betul ke Mak Cik Puaka itu Sharifah Shahirah?
 
SHARIFAH SHAHIRAH: Kalaupun betul itu saya, takkanlah saya nak kutuk diri sendiri pasal kek masjid suatu masa dulu? -Foto Gempak

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba muncul dakwaan individu di sebalik akaun Instagram viral @makcik_puaka adalah personaliti Sharifah Shahirah.

Gempak berjaya mendapatkan komen daripada empunya diri berhubung tuduhan terbabit, Sharifah Shahirah ada jawapannya sendiri.

"Oh bestnya! Saya sendiri ada dalam akaun Instagram Mak Cik Puaka itu macam mana pula boleh kata itu saya?

"Biasalah, lantaklah... Pahala lagi. Alhamdulillah.
"Kalaupun betul itu saya, takkanlah saya nak kutuk diri sendiri pasal kek masjid suatu masa dulu?

"Buat masa sekarang saya masih bekerja sebagai penyampai radio untuk Suria Petang bersama Tyzo.

"Mungkin orang panggil saya Mak Cik Puaka sebab mulut pot pet pot pet," jawabnya tenang ketika ditemui pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Tuduhan itu timbul apabila ada dalam kalangan warganet yang mengaitkan saluran YouTube Mak Cik Puaka dengan kandungan vlog kebanyakannya dari Sharifah Shahirah.


undefined


Bagaimanapun, tiada kesahihan berkenaan kenyataan tersebut.

Akaun Instagram itu menjadi buah mulut ramai apabila seringkali mendedahkan realiti kehidupan selebriti tempatan.

Terbaharu, pemilik akaun itu berdepan tindakan undang-undang apabila terpalit dengan dakwaan cubaan memfitnah Datuk Fizz Fairuz berkait isu khalwat.

Enggan mendedahkan individu sebenar di sebalik nama terbabit, Fizz memberitahu pihaknya telah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun @makcik_puaka.

Tiada ulasan: