ISMA WEB
Aziz Bari wakil rakyat DAP nafi audio yang tersebar membabitkan beliau
IPOH– Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan
rakaman audio yang dikatakan berhubung komplot menjatuhkan beliau adalah
satu perkara yang belum dibuktikan kesahihannya.
Katanya, mengambil kira kecanggihan teknologi sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku.
“Dalam
dunia sekarang ini macam-macam boleh berlaku, mungkin audio itu palsu,
mungkin benar. Perkara itu (audio) belum dibuktikan…,” katanya kepada
pemberita, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata desas-desus usaha menjatuhkan beliau juga bukanlah suatu yang menghairankan.
“Banyak
pihak cuba menjatuhkan saya sejak hari pertama lagi (menjadi menteri
besar), tapi saya masih lagi menteri besar,” katanya, menambah
pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.
Kelmarin, rakaman audio berdurasi empat minit 22 saat itu tular menerusi media sosial.
Rakaman
audio itu dikatakan suara seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, malah ada
yang mengaitkannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi,
Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari.
Bernama melaporkan Abdul Aziz menafikan perkara berkenaan.
Video Player
00:00
04:22
Komplot menjatuhkan Ahmad Faizal mula merebak sejak November tahun lalu, selepas Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menyiasat dakwaan ada Ahli Exco berkomplot dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang untuk tujuan itu.
Ketua
Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, pihaknya
memandang serius dakwaan itu dan jika benar tindakan tegas mesti diambil
terhadap pihak terbabit dengan memecat atau menggugurkannya dari Exco
kerajaan negeri selain tindakan disiplin diambil oleh kepimpinan parti.
Katanya,
tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dengan berkomplot bersama Adun
pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah
suatu perbuatan yang tidak boleh dikompromi sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan