Sejak PAS dan Umno mengumumkan bekerjasama secara rasmi selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Semenyih, pimpinan Pakatan Harapan bertali arus mengeluarkan kenyataan mengecam serta teori konspirasi terhadap hubungan tersebut.
Presiden PPBM Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama Umno dan PAS adalah untuk menghalalkan semua kesalahan bekas perdana menteri Najib Razak. Amaran kepada PAS supaya sedar nilai yang diterap hasil bekerjasama dengan Najib yang digelarnya sebagai “pencuri” serta Umno pada waktu ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula mencemuh kerjasama PAS-Umno dengan menyifatkan kerjasama itu sebagai “pengisytiharan perang” terhadap masyarakat bukan Melayu di dalam kenyataan awalnya, sebelum ia ditukar menjadi “menyasarkan” selepas menerima kritikan netizen.
Presiden Amanah Mohamad Sabu pula memberikan teori bahawa PAS tidak
membuat perbincangan bersama ahlinya sebelum menjalinkan kerjasama
dengan Umno, manakala Presiden PKR Anwar Ibrahim pula mengambil
pendekatan memperkecilkan kerjasama tersebut dengan menyatakan bukan
semua Melayu sokong kerjasama tersebut. Anwar turut berkata kerjasama
PAS dan Umno mampu dilawan melalui penerangan yang agresif dan program
kepedulian rakyat.
Persoalannya, perlukah keempat-empat pimpinan tertinggi parti komponen PH mengeluarkan kenyataan secara bertali-arus terhadap kerjasama PAS-Umno? Kalaulah PH menang di PRK Cameron Highlands dan Semenyih, sudah pasti jawapannya tidak perlu. Tapi oleh sebab PH tewas, maka setiap parti komponen PH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjaga kepentingan masing-masing.
Kenyataan Mahathir bertujuan untuk menjauhkan ahli Umno dan PAS daripada Najib yang menggunakan kempen “MaluApaBossku” untuk menumbangkan PH di Cameron Highlands dan Semenyih. Mahathir ingin mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap PPBM yang ternyata tidak mampu menangani PAS dan Umno di Semenyih. Mahathir masih bergantung pada taktik memburukkan Najib sebagai asas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap PPBM.
Di saat parti komponen PH yang lain kehilangan undi orang Melayu, Guan Eng bertindak mengekalkan tahap sokongan orang bukan Melayu terhadap DAP. Oleh itu, kenyataan Guan Eng yang kontroversi itu diolah untuk menggambarkan kerjasama PAS-Umno ini akan merugikan orang bukan Melayu secara totok. Ini secara tidak langsung juga menambahkan kebergantungan nyawa PH dan parti komponen lain di tangan DAP untuk mendapatkan undi bukan Melayu.
Kenyataan Mat Sabu sangat jelas memperlihatkan Amanah masih lagi amat berharap ahli PAS dapat berhijrah ke arahnya. Beliau cuba menggambarkan ahli PAS sedang kecewa dengan keputusan bekerjasama dengan Umno meskipun PRK Semenyih memberikan isyarat yang jelas bahawa undi ahli PAS yang membolehkan Umno menang dengan selesa.
Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar? Yang tersurat ialah kenyataannya berbentuk solusi dan menuju ke depan. Yang tersirat di dalam kenyataan itu ialah penonjolan kepimpinan sendiri sebagai bakal perdana menteri. Apakah ada waktu lebih baik untuk menonjolkan diri selepas kekalahan teruk parti Mahathir di Semenyih?
Dari sudut demokrasi, tiada yang pelik di dalam kerjasama PAS dan Umo ini dari konteks kebersamaan pembangkang sebenarnya. Kebersamaan pembangkang itu penting di dalam menghidupkan sistem dwi-parti demi demokrasi yang sihat. Oleh itu, kerjasama antara pembangkang seperti ini sepatutnya dialu-alukan.
Cuma dari sudut politik, sudah tentu kerjasama PAS-Umno akan menguatkan Umno dan PAS berbanding ketika mereka enggan bekerjasama. Umno yang akan nyawa-nyawa ikan tiba-tiba bangkit memenangi 2 PRK secara berturut-turut hanya selepas 9 bulan kehilangan kuasa di Putrajaya. PAS pula yang diserang daripada segenap pelusuk kini mendapat rakan yang kuat untuk membesarkan pengaruhnya.
Kerjasama PAS-Umno menyebabkan PRU15 yang sepatutnya tidak menjadi masalah untuk PH kini tiba-tiba terancam. Kerana PH terasa terancam maka dilakukan serangan bertali aruslah terhadap kerjasama PAS-Umno.
Niat PH jelas – mereka mahukan hubungan itu putus. Cuma, serangan mereka hanya akan menguatkan lagi hubungan tersebut. Barangkali mereka sedar akan perkara itu, dan oleh sebab itu, kenyataan pimpinan mereka dikeluarkan secara berasingan diselit ayun dengan mesej tersirat demi menjaga kepentingan parti masing-masing daripada ancaman yang bakal mendatang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan