Pensyarah Kanan Sains Politik,UKM.
Seperti dijangka, prk semenyih menjanjikan persaingan yang sengit. Sebagaimana yang ditelah dijangka juga, kerjasama BN dan PAS ada kelebihan untuk menang di PRK itu yang mempunyai majoriti Melayu sebanyak hampir 70%.
Keputusan PRK Semenyih menandakan PH semakin kurang popular di kalangan Melayu, bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di bandar.
Dun Semenyih adalah kawasan pinggiran bandar, PH mendominasi kawasan seperti ini dalam PRU-14, kebanyakannya dengan menyusur arus ketidakpuastian rakyat terhadap isu salahtadbir dan ekonomi pentadbiran Najib.
Menjanjikan Malaysia Baharu yang lebih maju dan merakyat, PH setakat ini masih belum berjaya merealisasikan retorik itu. Meskipun terdapat beberapa usaha pembaharuan yang baik, khasnya reformasi institusi, tetapi isu sebenar, iaitu kos sara hidup masih gagal ditangani dengan berkesan.
Meskipun kurang adil kepada PH untuk menyelesaikan isu ini dalam masa yang singkat dengan sumber yang sangat terhad, namun pada rakyat marhaen itu bukan persoalannya. Kebanyakan mereka sudah lama bersabar dengan pelbagai janji pemimpin sejak PRU 2008 lagi.
Kerjasama BN-PAS sekali lagi memperlihatkan kemantapan dalam mempengaruhi undi Melayu.
Kerjasama ini telah merubah dan mempertahankan sistem dua parti gabungan. Kali ini, permuafakatan ini turut dibantu oleh MCA dan MIC, satu perkembangan yang baik.
Kerjasama ini, sekali lagi juga memperlihatkan PH bukanlah parti yang terlalu kuat, tetapi boleh dicabar dengan strategi yang ampuh.
PRK Semenyih juga membuktikan bukan PH atau BN+PAS yang merajai politik tanah air lewat ini, tetapi rakyat marhaen yang semakin bijak dan pragmatik dalam membuang undi.
Persaingan dalam PRK Rantau dan seterusnya nanti PRU-15 adalah, dengan perkembangan di Semenyih, masih terbuka. Kelebihan PRK Rantau adalah kepada BN buat masa ini. Saya berharap PH boleh memberi cabaran sengit terhadap BN di sana nanti. WATAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan