Sabtu, 10 November 2018

SURUH BUBAR SEBAB UMNO DIPANDANG JIJIK – MAHATHIR

Wartawan Watan-Online




Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku yang beliau mengarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan parti dominan orang Melayu itu dan menyertai PPBM.

Melalui satu rakaman video yang disiarkan di Facebook PPBM, Perdana Menteri berkata, secara asasnya UMNO sudah tidak wujud lagi.

Malah kata Mahathir UMNO sudah dipandang jijik oleh rakyat negara ini, disebabkan itu parti berkenaan ditolak selepas lebih 60 tahun berkuasa.

“Saya suruh dia (Zahid) bubarkan sebab sudah tidak ada lagi UMNO, cuma ada satu badan yang didaftar tapi prinsip perjuangan tidak ada.

“Apa perlunya ahli UMNO tinggal dalam parti yang meninggalkan perjuangannya…utamakan duit, UMNO yang semacam itu perlu dibubarkan.

“Parti itu dipandang jijik oleh seluruh rakyat di negara ini,” kata Mahathir.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mahathir mahu UMNO dibubarkan dan meminta ahli Parlimen UMNO menyertai PPBM.

Malah, PPBM yang dipengerusi Mahathir juga secara terbuka ‘memancing’ ahli dan pemimpin UMNO menyertai parti itu.

Tiada ulasan: