Khamis, 1 November 2018

'Ramai MP sudah isytihar harta tapi nama tak tersiar'

 
   

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching hairan apabila namanya tidak dipaparkan di laman web pengisytiharan harta yang dimuat naik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun dia sudah mengisytiharkan hartanya dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Teo berkata dia sudah menyerahkan borang pengisytiharan hata kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah pada 16 Okt lalu.

"Saya tidak tahu kenapa nama saya tidak dipaparkan. Saya sudah minta pegawai saya semak," kata anggota parlimen Kulai itu.

SPRM hari ini memuat naik butiran pendapatan menteri, timbalan menteri dan anggota parlimen Pakatan Hapan (HARAPAN). Setakat 2.30 petang tadi, laman web itu sudah menyiarkan pendapatan 51 menteri dan anggota parlimen.

Laman web itu menunjukkan lebih separuh menteri, timbalan menteri dan anggota parlimen belum mengisytiharkan harta mereka.

Ketika ditemui di parlimen hari ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau sudah mengisytiharkan hartanya.

Pembantu pegawai Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad berkata menteri sudah menyerahkan borang pengisytiharan harta.

Tiada ulasan: