KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan Belanjawan 2019 tidak menyatakan secara jelas dan terperinci mengenai jumlah keseluruhan peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan pada 2019 atau menjelang tempoh tertentu.
Menurut beliau, jumlah pekerjaan yang ditambah dalam sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan yang ketara.
Jelasnya,
jumlahnya pada Ogos 2018 ialah 14.1 ribu sahaja berbanding 19.2 ribu
pada Julai 2018 iaitu menurun sebanyak 36% dan lebih merisaukan lagi, low-value added job terus mendominasi pasara kerja di negara ini berbanding pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi.
Keadaan
ini selain melambatkan usaha memacu ekonomi negara dengan lebih pesat,
ia berpotensi memburukkan lagi isu pengangguran dalam kalangan siswazah.
"Kesannya para graduan terpaksa bekerja
dalam sektor di luar bidang pengajian mereka dengan gaji yang rendah
setara kelayakan SPM atau STPM sedangkan mereka mempunyai kelayakan
degree, master dan PhD.
"Fenomena ini juga adalah suatu bentuk
pengangguran iaitu ‘pengangguran terhormat’," ujar beliau semasa
membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.
Khairuddin membentangkan, kadar
pengangguran siswazah pada tahun lepas sahaja adalah sekitar 204,000
orang merangkumi sebanyak 40.5% daripada jumlah pengangguran secara
keseluruhan dalam negara.
Tambah beliau, kerajaan memperkenalkan
inovasi baharu dalam sektor ekonomi bagi menambah baik pasaran kerja di
negara ini terutamanya meningkatkan peluang pekerjaan dan mendapatkan
pendapatan tambahan seperti menerusi bussiness online dengan menyediakan
kemudahan bagi mendapatkan pembiayaan, latihan dan menggunakan aplikasi
tertentu.
Beliau memohon Kerajaan menyatakan
secara tepat dan terperinci jumlah pekerja warga negara yang telah dan
akan diberhentikan akibat kajian semula dan pembatalan projek- projek
tertentu sejak Mei lalu.
Persoalan yang ditimbulkan beliau, bagaimana pula perlindungan dan pembelaan yang diberikan kepada golongan tersebut yang sudah pasti sedang tersepit dengan masalah pendapatan dan simpanan pada masa ini bagi menyara kehidupan diri dan keluarga. – HARAKAHDAILY
Persoalan yang ditimbulkan beliau, bagaimana pula perlindungan dan pembelaan yang diberikan kepada golongan tersebut yang sudah pasti sedang tersepit dengan masalah pendapatan dan simpanan pada masa ini bagi menyara kehidupan diri dan keluarga. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan