KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sekali lagi menjadi panas dan tidak
keruan seketika apabila Ahli Parlimen Jelutong (PH), RSN Rayer yang
terkenal dengan kelantangan telah ‘mengganggu’ membuang masa sesi
perbahasan.
Kali ini, Rayer bangkit mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Bera (BN), Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyatakan golongan petani dan penoreh perlu bekerja lebih keras daripada menerima bantuan sara hidup secara percuma.
“Apa yang selama ini diberikan kepada golongan nelayan dan peneroh getah terutamanya ketika musim hujan dan tengkujuh bantuan kos sara hidup sudah dihentikan.
“Apa yang menyedihkan, kenyataan oleh pimpinan PH adalah mereka tidak perlu menerima bantuan sebegitu, sebaliknya perlu bekerja dengan lebih keras lagi,” kata Ismail Sabri.
Ini menyebabkan Rayer bangun mempersoalkan dakwaan tersebut yang padanya seolah-olah sengaja diada-adakan.
“Siapa yang sebut kenyataan itu Yang Berhormat? Ini tuduhan serius, jangan cuba kelirukan Dewan. Beri bukti yang jelas” soal Rayer.
Kata Ismail Sabri: “Saya tak perlu sebutlah, kita semua tahu,” katanya.
“Tidak, dalam pembentangan bajet, kenyataan seperti itu tidak dikeluarkan. Jadi siapa yang anda cakap keluarkan kenyataan ini? Sila nyatakan,” tambah Rayer.
“Saya tidak cakap dalam pembentangan, saya tidak cakap itu kenyataan Menteri Kewangan pun ketika pembentangan,” ujar Ismail Sabri.
“Siapa yang keluarkan kenyataan tersebut? Saya tanya siapa yang keluarkan kenyataan seperti itu? Ini seolah-olah menunjukan kerajaan PH tidak mempedulikan golongan ini, persepsi ini memburukan kami.
“Menteri Kewangan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu ketika pembentangan Belanjawan, jangan kelirukan Dewan. Mohon buktikan kenyataan anda,” kata Rayer.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menafikan beliau ada menyebut Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika pembentangan, sebaliknya selepas pembentangan, ada dalam pimpinan PH yang berkata demikian.
“Ahli Parlimen Langkawi. Beliau yang berkata demikian ketika bercakap tentang potongan bantuan-bantuan ini,” tegas Ismail Sabri.
Rayer yang kelihatan ‘terkejut’ seketika kemudian berkata, adalah lebih baik Ismail Sabri membuktikan kenyataan beliau, Ahli Parlimen Langkawi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan sedemikian.
“Saya mahu anda buktikan Yang Berhormat Langkawi ada sebut demikian. Buktikan sekarang dalam Dewan ini, dari mana anda dapat maklumat sedemikian. Dari media mana? Bila ianya dikeluarkan? TheStar? Berita Harian? ,” tegasnya.
Ismail Sabri kemudian dibantu oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan membuktikan kenyataan tersebut memang dikeluarkan Mahathir baru-baru ini.
“Utusan Malaysia, Kota Bharu 10 November. Saya sudah cakap seperti yang kamu minta,” ujar Ismail Sabri.
Rayer yang ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan itu hanya mengatakan itu jawapan daripada akhbar lidah UMNO.
Bagaimanapun, Ismail Sabri bersama beberapa wakil rakyat mengkritik rumusan Rayer dan mengingatkan beliau agar tidak berkata demikian.
“Jangan kata begitu. Anda ganggu dewan, mahukan jawapan. Bila diberi kata seperti ini. Duduklah,” kata mereka.
Mereka kemudian ditenteramkan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum perbahasan terus disambung tanpa gangguan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu ketika menyentuh sektor pertanian secara keseluruhan hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Jumlah tersebut membabitkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta lagi untuk automasi industri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.
Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN yang memperuntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.
Ini termasuk peruntukan sebanyak RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan