Isnin, 27 Ogos 2018

Zainuddin Maidin selar Nurul Izzah

Shawaliah Hadir
Zam23-681x454
Zainudin Maidin

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Zainudin Maidin membidas Nurul Izzah Anwar yang membantah lantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai di wilayah selatan Thailand.

Beliau menyifatkan anak perempuan Ketua Umum Pakatan Harapan itu hanya mengungkit kisah lama yang tidak mustahak jika dibandingkan dengan kepentingan peranan Rahim Noor.

“Anak Anwar Nurul Izzah bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan. Dia hanya kira pasal mata lebam bapa dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja.

“Jasa lebih besar Rahim Nor jayakan rundingan damai PKM Malaysia dan Thai untuk kepentingan rakyat dia tak nampak.Tak payahlah korek luka lama,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Twitter Zainuddin Maidin
Izzah hari ini menerusi media sosial yang sama juga menyuarakan bantahannya terhadap keputusan kerajaan yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim Noor dengan Rahim sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thai dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO).

Twitter Nurul Izzah

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Pematang Pauh itu berkata, Rahim Noor sebagai penyerang yang ganas terhadap ayahnya.

Untuk rekod Rahim Noor yang merupakan Ketua Polis Negara kelima (1994 – 1999) yang pernah didakwa terlibat dalam kecederaan Anwar ketika ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan perdana Menteri pada tahun 1998.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: