Kemenangan PAS akan menunjukkan tanda protes terhadap kerajaan PH
PETALING JAYA – Penyokong UMNO diseru untuk meneruskan sokongan mereka kepada calon PAS, Dr Halimah Ali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia sebagai tanda solidariti pihak pembangkang.
Pengerusi
Zon 2, Abu Shahib Mohd Suki berkata, pengundi UMNO di kawasan DUN Seri
Setia perlu menjalankan tanggungjawab mereka kerana telah memberikan
kata putus kerjasama untuk menyokong PAS.
“Faktor
pertama, UMNO dah jadi pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan,
dan kita akan bersama-sama menyokong pembangkang dalam situasi ini kita
beri sokongan kepada PAS.
“Atas dasar
ini, kita sama-sama turun padang untuk membantu calon PAS berkempen
seterusnya beri kemenangan kepada PAS pada PRK Dun Seri Setia.
“Setakat ini
kita dah bekerja banyak program jalinan rakyat dan dah mengenalpasti
pengundi-pengundi bagi memastikan mereka turun mengundi PAS pada 8
September ini,” katanya seperti dilapor Sinar Online.
Beliau
berkata, kemenangan PAS di Seri Setia akan menunjukkan tanda protes
terhadap kerajaan PH di Selangor yang sejak PRU12 lagi gagal jaga
kebajikan rakyat.
“Kalau lihat
isu perumahan di Lembah Subang ini, ketika itu kita terpaksa mengadu
kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang
ketika itu dijaga oleh Tan Sri Noh Omar.
“Banyak peruntukan hingga berpuluh-puluh juta telah disalurkan untuk tukar lif, naik taraf sistem dan sebagainya.
“Walaupun
waktu itu kerajaan tahu bukan semua penduduk di sini menyokong kerajaan
BN, namun atas dasar prihatin keperluan rakyat mereka tetap salurkan
bantuan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan