KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 1 Okt depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis
Negara (KPN), SAC Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Ketua Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah ACP
Abdul Razak Hassan bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan
Strategik) Pahang.
“Tempat Abdul Razak diambil alih Penolong Pengarah
Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman ACP
Yusuh Mat Tais.
“Selain itu, Supt Zaiton Hussain pula dilantik sebagai
Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan
Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan
memangku pangkat ACP,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari
ini.
Beliau
berkata, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan
Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bidor, Perak,
Supt Wan Hamzah Wan Kadir dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan)
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.
“Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi,
Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Bukit Aman Supt Zamri Deris pula dilantik Penolong Pengarah
(Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat
ACP,” katanya.
Selain itu, Asmawati berkata Ketua Polis Daerah Tenom,
Sabah DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah pula dilantik sebagai Ketua
Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Supt. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan