50 individu ditahan lakukan upacara keagamaan meragukan
KOTA BHARU
– Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dilaporkan telah
menyerbu markas pengikut ajaran sesat syiah dalam satu operasi di Jalan
Sri Cemerlang, di sini semalam.
Sumber yang
dipetik daripada Utusan Online berkata, kira-kira 50 individu, termasuk
kanak-kanak telah ditahan dalam serbuan tersebut.
Katanya,
ketika serbuan dijalankan, pihaknya mendapati kumpulan tersebut yang
terdiri daripada lelaki dan wanita sedang mengadakan satu upacara
keagamaan yang meragukan dan bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
“Susulan
itu, pasukan JAHEAIK turut merampas beberapa barangan seperti bahan
bacaan. Sebarang maklumat lanjut akan didedahkan kemudian,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan pihaknya
bekerjasama dengan JAHEAIK dalam serbuan berkenaan namun enggan mengulas
lanjut.
Berdasarkan
kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Syiah adalah sebuah
Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua
Belas yang mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada
1979.
Ajaran Syiah tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada Islam dan dianggap sesat berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan