PEMILIHAN PKR | Dua pemimpin kanan PKR, seorang menteri persekutuan dan anggota parlimen menyokong Rafizi yang mencabar jawatan timbalan presiden parti itu dengan memberi perhatian keupayaan dan kemahirannya pada majlis sambutan reformasi 20 tahun, anjuran PKR di Pulau Pinang malam tadi.
MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berucap kira-kira 10 minit sebelum meninggalkan majlis di Bayan Baru itu menggesa anggota parti untuk mengundi pimpinan yang setia terhadap parti walaupun tidak memegang jawatan kerajaan.
Manakala, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula merujuk buku ketiga peguam Australia dan Queen's Coulsel, Mark Trowell berjudul "Anwar Returns: The Final Twist," yang memetik ketua umum PKR berkata orang seperti Rafizi sesuai menjadi penggantinya.
Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata Trowel yang mewawancara Anwar untuk bukunya bertanya: "Apabila anda di penjara, siapa yang akan mengambil alih (kepimpinan)?"
Anwar menjawab,"seseorang seperti Naib Presiden PKR, Mohamed Rafizi Ramli."
"Buku ini yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini (semalam) dan majlis tersebut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa," kata Saifuddin pada majlis yang dipengerusikan exco Pulau Pinang, ADUN Batu Maung, Abdul Halim Hussein.
Anwar sebut nama Rafizi dua kali
Manakala itu, buku Trowell juga menyentuh skandal 1MDB yang disiasat di beberapa negara lain termasuk Singapura dan Amerika Syarikat kerana pengubahan wang haram.
Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhadapan tujuh pertuduhan jenayah melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Saifuddin yang baru membaca tulisan Trowell setakat muka surat 47, berkata Anwar telah menyebut nama Rafizi sebanyak dua kali dan tiada nama pemimpin parti itu yang dipetik ketua umumnya yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR itu.
"Jelas Anwar menghargai keupayaan dan kemahiran Rafizi, beliau membuat kerjanya dengan betul dan memberi kesan serta mengubah sokongan rakyat kepada HARAPAN pada pilihan raya 2018 lalu.
"Kami berbangga kerana memiliki aset sebegini dan terpulanglah pada anda untuk memutuskan kedudukannya dalam pemilihan (PKR) ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan