Khamis, 19 Julai 2018

Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu

Bernama / ASTRO AWANI
Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu
Maszlee berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.

"Sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.
BACA: Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf

"Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).

UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.-- BERNAMA

Tiada ulasan: