BM bukan bahasa untuk Melayu sahaja tetapi negara
SAYA
semakin pelik melihat ultra kiasu ini. Lidah bercabang. Baru menang
cakap lain. Lama sikit menang, jadi makin lain. Dahulu bila mula
terlantik jadi menteri kanan, ditanya wartawan, apa perasaan jadi
menteri kanan dalam kalangan orang Cina? Dia jawab, saya tidak lihat
diri saya sebagai Cina, tetapi sebagai rakyat Malaysia (Malaysian).
Tabik saya mendengarnya. Saya turut memuji.
Sama
seperti ketika mereka memenangi Pulau Pinang PRU12 2008. Mula menang,
mahu mencontohi pemerintahan Umar Abdul Aziz. Lama sikit menang, Umar
Abdul Aziz dicampak entah ke mana.Pendek
kata, semakin lama menang, bukan sahaja mereka semakin lantang, tetapi
semakin berani dan bongkak sehingga mencabar kedaulatan negara.
Tidak
berapa lama selepas menang, menteri yang sama, heboh diperkatakan,
menggunakan bahasa Cina (Mandarin) dalam akaun FB beliau. Apabila
ditanya, kenapa menggunakan bahasa Cina, dia menjawab, itu akaun milik
peribadi, beliau berhak atas segalanya.
Beliau
ternyata tidak dapat membezakan antara diri, sebagai individu, sebagai
ahli politik, sebagai ahli politik yang menang dilantik jawatan menteri,
dan seterusnya menjadi negarawan.
Seorang
menteri adalah seorang negarawan. Bermakna, segala apa jua tindakan,
yang boleh dilihat, seharusnya tidak dapat lari daripada sifat
negarawan, termasuk akaun FB. FB tidak lagi boleh dianggap milik
peribadi apabila ada pengikutnya. Apatah lagi jika pengikut terdiri
dalam kalangan pelbagai kaum.
Jika kita
yakin dan mengakui sebagai Malaysian, bermakna kita akan menjunjung
agenda negara tanpa berbelah-bahagi. Salah satu agenda negara adalah
menjunjung bahasa Melayu (BM), selaku bahasa negara atau bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa yang menyatukan, sebab kita
mempunyai lebih 137 bahasa di negara ini.
Jika tidak ada satu bahasa sebagai bahasa perantara, nak berkomunikasi dalam bahasa apa?
Jika
Melayu bertemu Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh dan lain-lain,
bahasa perantara apa yang mahu digunakan jika bukan BM. Begitu juga
bangsa lain bertemu dengan orang Cina. Pendek kata, penggunaan BM
sebagai faktor penyatu, bukan isu kecil, tetapi teramat besar.
Tindakan
menggunakan bahasa Cina dalam akaun FB, menampakkan bahawa ultra kiasu
ini tidak kenal diri sendiri. Juga tidak faham apa yang selama ini
disebutkan sebagai Malaysian.
Jika kita
Malaysian, dalam soal bahasa, keutamaan yang perlu didaulatkan adalah,
pertama BM, kedua adalah bahasa ibunda dan ketiga bahasa Inggeris dan
seterusnya bahasa lain. Jika berlaku sebaliknya, kita bukan Malaysian
lagi. Jauh sekali negarawan, tetapi cendawan.
Sebab itu
saya suka kepada istilah yang digunakan oleh orang Cina di Indonesia.
Cina di Indonesia tidak melihat diri mereka sebagai Cina, tetapi
dikenali sebagai Indonesia Tionghua. Meletakkan Indonesia dahulu,
kemudian baharu Cina. Sebab itu, mereka seolah-olah tidak ada beza
dengan orang Indonesia.
Cina itu Indonesia, Indonesia itu Cina. Malangnya, kita letak Cina dahulu, selepas itu baharu Malaysia. Kiblat kita ke mana?
Saya
mendengar kata-kata amaran daripada pemimpin Indonesia kepada orang Cina
Indonesia. Jika kamu tidak mahu semangat anti-Cina berlaku, lebih baik
kamu mengutamakan agenda negara, mendukung pancasila dan bahasa
Indonesia. Jika kamu mengetepikan bahasa Indonesia, pasti akan berlaku
gerakan antiorang Cina.
Justeru,
tidak hairanlah jika penghayatan bahasa Indonesia dalam kalangan
Indonesia Tionghua sangat tinggi. Kita masih jauh daripada penghayatan.
Bercakap boleh atau tidak masih diragui. Peringatan ini sepatutnya
menjadi iktibar kepada kita semua.
Saya teruja dengan dengan komen Adam Tanging, apabila memberikan pandangan mengenai salah atau tidak seorang menteri menggunakan bahasa Cina dalam FBnya. Katanya, memang salah.. secara tidak langsung dia mengagap kaum Cina adalah buta bahasa Kebangsaan belaka. Ini adalah satu penghinaan kepada kaum Cina.
Saya teruja dengan dengan komen Adam Tanging, apabila memberikan pandangan mengenai salah atau tidak seorang menteri menggunakan bahasa Cina dalam FBnya. Katanya, memang salah.. secara tidak langsung dia mengagap kaum Cina adalah buta bahasa Kebangsaan belaka. Ini adalah satu penghinaan kepada kaum Cina.
Begitu
juga dengan twitter Rhys William yang berbunyi: “Tahukah anda di
Malaysia terdapat 137 bahasa-bahasa dari pelbagai suku kaum dan bangsa.
Tetapi antara semua bahasa hanya satu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu
adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tetapi kenapa ada ramai warga negara
Malaysia tak reti cakap BM ataupun malu nak cakap BM”.
Jika Rhys
William orang putih, saya benar-benar rasa malu sebagai rakyat Malaysia.
Lebih 60 tahun kita merdeka dan bergenerasi tinggal di bumi bertuah
ini, masih ada orang yang masih meletakkan bahasa ibunda di tempat
pertama, berbanding bahasa kebangsaan. Orang sebegini tidak layak
tinggal di sini. Mereka sepatutnya mencari tempat lain yang lebih baik.
Pernah
saya kongsikan sebelum ini bagaimana Cina dari negara China berkahwin
dengan Cina Malaysia. Beliau amat terkejut melihat proses pencinaan di
Malaysia begitu dahsyat. Mereka di China pun tidak secina di Malaysia.
Sehingga beliau menasihatkan Cina Malaysia, supaya mengutamakan agenda
negara seperti BM demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
Sepatutnya
ketika berucap di PBB pun, kita menggunakan BM biar mereka terjemahkan.
Barulah menunjukkan BM kita penting, kita benar-benar Malaysian. Saya
tidak bersetuju apabila pemimpin-pemimpin negara sebelum ini berucap
dalam BI dalam perhimpunan PBB.
Lebih
menjelekkan jika ada yang melakukan kesalahan dalam tatabahasa ketika
berucapan dalam BI. Dalam PBB melambak penterjemah. Ucaplah dalam bahasa
apa sekalipun, pasti diterjemah.
Cuba lihat
Presiden Turki, Erdogen, apabila berucap dan berbahas dalam forum PBB.
Semua dalam bahasa Turki. Ada beliau kisah orang lain faham ke tidak?
Pokoknya, apabila kita berjaya menjadikan diri kita penting. Cakap lah
bahasa apapun, segala apa yang dituturkan semuanya akan dianggap
penting. Kelam kabut penterjemah menterjemahkan. Tidak faham lagi?
Sebagai
rakyat Malaysia yang meletakkan BM sebagai sebagai bahasa kebangsaan
atau bahasa negara, apabila kita menulis, berbicara dan berdiskusi,
apakah bahasa yang sepatutnya diutamakan? Bahasa mengikut bangsa kita?
Dalam makna, apabila kita orang Cina, maka kita meletakkan bahasa Cina
dan Tamil nombor satu?
BM bukan
bahasa untuk orang Melayu, tetapi bahasa negara. Saya pun orang Cina,
sebagai Malaysian, hidup mati saya sebagai rakyat Malaysia adalah BM
dahulu, diikuti bahasa ibunda atau BI atau Arab. Jangan pergi jauh,
lihatlah kenapa hari ini tidak ramai penyanyi dan pelakon dalam kalangan
bukan Melayu seperti dahulu. Misalnya seperti Andre Goh, Dj Dave, Kenny
Remy dan Martin dan banyak lagi. Mereka menyanyi sehingga menerbitkan
air mata.
Kenapa
hari ini boleh dikatakan tiada (ada) penyanyi bukan Melayu menyanyikan
lagu Melayu seperti dahulu? Jika ada pun, penghayatan kosong. Menyanyi
lagu sedih, tetapi muka nampak ceria dan gembira. Saya beri contoh
penyanyi Jacklyn Victor. Suara dia (vokal) memang hebat, saya tidak
nafikan, tetapi apabila menyanyi lagu Melayu tidak ada penghayatan.
Menyanyi lagu sedih tetapi muka nampak ceria. Lagu tidak masuk dalam
jiwanya. Benarlah kata-kata bahasa jiwa bangsa.
Majoriti
rakyat Malaysia tidak faham mandarin Melayu dan India. Jadi kita tulis
Cina, sebenarnya kita nak tujukan kepada siapa? Jika nak tuju kepada
orang Cina, apakah orang Cina yang tinggal di Malaysia masih tidak faham
BM. Jika begitulah keadaannya balik lah.
Bapa
kepada ultra kiasu ini pun diam sahaja. Kenapa tidak bercakap menegur
anaknya dalam isu ini? Teramat malang apabila isu menjadi tular, menteri
berkenaan, masih tidak mengakui kesilapannya, malah mempertahankan
tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu,
Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange
adalah sesuatu yang dibenarkan.
Jika
adapun orang dari negara China yang berada di sini pun, tidakkah mereka
perlu bersusah sedikit untuk belajar BM. Sama seperti kita pergi ke
China, apakah kita beranggapan bahawa orang Cina di sana akan berbahasa
Melayu? Alangkah bodohnya kita.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan