MEMANDU berseorangan dalam perjalanan balik dari Jabi ke Kota Bharu malam ini, tanpa dipinta beberapa titik air jernih membasahi pipi.
Entah mengapa, apa yang saya lalui
bersama orang kampung di Kerandang pada malam semalam terasa menusuk
hati saat kita bersendirian begini.
Malam semalam saya sambil bergurau saja
dengan orang kampung membelah tabung buluh dan dikeluarkan dari
tabung-tabung yang dibawa oleh ahli-ahli PAS cawangan setalam duit
syiling. Tabung yang dinamakan tabung samah. Orang kampung simpan samah
seriyal sehari sebagai saham kepada perjuangan.
Tambahan pula ini bukan kali pertama
saya hadir dalam program pecah tabung. Dah kerap sebenarnya. Tapi entah
sebab apa, hari ini hati kecil saya tersentuh sayu.
Mungkin lantaran apa yang sedang dilalui
oleh parti akhir-akhir ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa
saya. Betapa di saat ramai yang cuba mengkhianati perjuangan ini, nun
jauh di hujung kampung sana orang-orang bawahan yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan tetapi mereka menyayangi perjuangan ini dengan
sepenuh hati tanpa sebarang keraguan.
Walau dengan duit syiling yang disimpan
samah sehari, mereka ingin turut menyumbang. Mereka hanya ingin melihat
Islam berdaulat dan Syariat Allah ditegakkan. Itu sahaja.
Beginilah orang kampung simpan samah seriyal sehari untuk perjuangan. 3 bulan sekali buka tabung ramai-ramai. Pakat susun pitih skeleng.
Demi Allah! Duit syiling yang disimpan
samah sehari dalam tabung oleh ahli PAS di cawangan untuk biaya
perjuangan lebih bernilai dari RM 90 juta atau RM 900 juta duit dari
Umno! Saya lebih rela berada di sini membilang kepingan syiling dari
ditipu dengan janji kemewahan dari Umno!
*DR AZMAN IBRAHIIM , Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan