Jumaat, 13 April 2018

Video Muhyiddin hulur tunai bukan beli undi, kata PPBM

 
Sebaliknya, parti itu berkata ia diambil ketika presiden PPBM melawat mangsa banjir tahun lepas.
 
 


PETALING JAYA: Sebuah klip video dimuat naik semalam oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan wang kepada seorang bakal pengundi di sebuah kawasan luar bandar.

Klip itu menunjukkan presiden PPBM bersama beberapa ahli parti berbual dengan seorang wanita warga emas, menyuruhnya untuk menyokong parti itu pada pilihan raya.

Ketika dihubungi, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Md Noor berkata video itu diambil semasa Muhyiddin mengadakan lawatan banjir di Pulau Pinang pada September tahun lalu.

“Mak cik ni salah seorang mangsa (banjir) yang merayu hal kepada Muhyiddin,” katanya kepada FMT.

Beliau menyelar pihak yang menyebarkan video itu sambil mendakwa ia cubaan untuk menuduh Muhyiddin membeli undi.

“Carilah video lain yang menunjukkan Muhyiddin berbuat demikian selepas penamaan beliau sebagai calon,” katanya.


Tiada ulasan: