S.
Subramaniam akan bertanding di Parlimen Segamat sementara Tapah yang
juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) meletakkan kembali Datuk
Seri M. Saravanan dan Sungai Siput pula akan ditandingi oleh Timbalan
Presiden, Datuk Seri SK Devamany.
KUALA LUMPUR – Teka teki siapa agaknya yang akan mewakili
suara masyarakat India pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam parti
terbesar komuniti itu akhirnya terjawab apabila nama mereka didedahkan
hari ini.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, calon-calon ini
terpilih melalui pelbagai saringan sekaligus campuran muka lama dan
baharu adalah pilihan tepat yang bakal semarakkan parti ini.
Pemilihan ini juga dianggap diyakini ‘winnable candidate’ untuk mengembalikan maruah MIC yang tercalar pada PRU-12 dan 13. Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam (dua kiri) dan Datuk Seri SK Devamany.
Seperti yang dijangka, Subramaniam akan bertanding di Parlimen
Segamat sementara Tapah yang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional
(BN) meletakkan kembali Datuk Seri M. Saravanan dan Sungai Siput pula
akan ditandingi oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri SK Devamany.
Datuk P. Kamalanathan yang pernah menang dua kali berturut-turut di
Hulu Selangor sekali lagi di pertaruhkan di kawasan bagi kemenangan
besar MIC. Datuk P. Kamalanathan
Antara muka baharu, Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy akan
bertanding di kerusi Kapar manakala Prakash Rao yang merupakan bekas
Setiausaha Agung MIC diletakkan di Sungai Buloh.
Kerusi ‘panas’ Cameron Highlands yang selama ini menjadi
pertelingkahan antara MIC dan myPPP akhirnya terjawab apabila Ketua
Pemuda Kebangsaan, Datuk Sivarraajh Chandran dipilih mewakili parti itu. Sivarraajh Chandran
Bagi kerusi Kota Raja pula, Ahli Majlis Kepimpinan Pusat CWC, V.
Gunalan akan bertanding manakala Port Dickson yang dahulunya Teluk
Kemang akan ditandingi oleh Ketua Penerangan MIC, Datuk VS Mogan.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, sebanyak 19 buah kerusi
akan di pertandingkan dan kombinasi muka baharu dan lama juga telah di
letakkan.
Bagi kerusi Buntong di Perak pula masih kekal misteri dan
berkemungkinan besar perbincangan masih lagi berjalan tetapi dijangka
dalam masa sehari dua ianya akan selesai.
Kombinasi wajah lama dan baharu diyakini akan membawa kemenangan
besar bagi parti itu yang dilanda krisis serta kemelut sejak tsunami
2008.
MIC dikatakan telah berhempas pulas selama 10 tahun kebelakangan ini untuk memastikan kerusi tradisi kembali kepada mereka.
Kebanyakan pengundi sudah kembali celik dengan retorik pembangkang yang lebih banyak menabur janji daripada menunaikannya.
Senarai calon bagi kerusi DUN:
Kedah
Lunas – Ketua Cawangan, KS Thuraisinggam
Bukit Selambau – Naib Presiden MIC, Datuk Jaspal Singh
Pulau Pinang
Bagan Dalam – Ahli Majlis Tertinggi CWC, J. Dhinagaran
Perai – Ketua Bahagian MIC Permatang Pauh, M. Suresh
Perak
Sungkai – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk V. Elanggo
Jelapang – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Thankaraj
Buntong – perbincangan masih berjalan
Negeri Sembilan
Jeram Padang – Pengerusi MIC Perak, Datuk L. Manickam
Sri Tanjung – Timbalan Ketua Pemuda, R. Thinalan
Melaka
Gadek – Setiausaha MIC Negeri, P. Panirchelvam
Pahang
Sabai – Pengerusi MIC Pahang, Datuk R Goonasekaran
Johor
Gambir – Pengerusi MIC Johor, Datuk M. Ashojan
Tenggaroh – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Ravenkumar
Kahang – Ketua Cawangan, Datuk R Vidhayanathan
Skudai – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk S Kannan
Selangor
Ijok – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Parthiban
Sungai Tua – Setiausaha MIC Negeri, Datuk N. Rawisandran
Sentosa – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk T. Subramaniam – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan