Jumaat, 20 April 2018

Sardin ada cacing ditarik balik

Wartawan MalaysiaGazette 
 


KUALA LUMPUR – Dua jenama sardin yang diimport dari China dipanggil semula kerana didapati tercemar dengan cacing mati.

Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua jenama sardin susulan menjadi tular di media sosial dan mendapati telah dicemari dengan nematoda, sejenis cacing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan analisis mengenai sardin jenama TL Tan Lung dan TLC dalam sos tomato dan mendapati ianya tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Oleh itu, penguatkuasaan telah diambil oleh kementerian dan pengimport yang terlibat telah diarahkan untuk menarik semula produk tersebut. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: