LANGKAWI: Teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr
Mahathir Mohamad ‘bertempur’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 akhirnya
terjawab.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr
Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi
Parlimen (P004) Langkawi.
Beliau mengumumkan pendirian tersebut semasa berucap pada rapat umum,
Jelajah PH Langkawi yang berlangsung di Padang Mat Sirat malam tadi.
"Orang Langkawi sedar, Dr Mahathir adalah penjana kepada pulau yang dahulunya pernah lesu.
“Atas jasanya sebagai bapa pembangunan Langkawi, beliau akan terus
berjasa untuk selamatkan Malaysia," kata Wan Azizah semasa mengumumkan
calon Pakatan Harapan untuk kerusi P004 itu.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
Selain itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan bakal bertanding di
Parlimen Jerlun dan juga DUN Jitra manakala Wan Saiful Wan Jan,
dinamakan sebagai calon di Parlimen Pendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan