Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri antara muka lama yang disebut-sebut akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut sumber, Abdul Rahman bakal mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, selepas penyandangnya Allahyarham Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia pada tahun lalu.
“Rahman Bakri merupakan antara muka lama yang dipertimbangkan sebagai calon PRU-14 oleh pucuk pimpinan parti. Beliau bukan orang asing dalam kalangan masyarakat Sabak Bernam dan Sungai Air Tawar.
“Selain bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar,” katanya.
Pada 2008 Rahman Bakri memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron dengan majoriti sebanyak 1,335 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan