Rabu, 11 April 2018

PH umum calon selepas mesyuarat 25 April

ISMA WEB

Calon PH tidak akan jalani saringan SPRM seperti BN



PERMATANG PAUH – Calon-calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diumumkan selepas mesyuarat kepimpinan pada 25 April ini di Kuala Lumpur.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat itu akan turut dihadiri oleh semua calon yang akan bertanding pada PRU berkenaan.

“Saya masih meneliti ciri-ciri dan teknikaliti calon yang akan bertanding pada PRU14. Saya seorang yang sign (tandatangan) untuk semua calon-calon, jadi mereka harus hadir untuk mendengar taklimat pada 25 April nanti.

“Saya dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi amanat terakhir sebelum mereka diumumkan sebagai calon PRU14,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini hari ini.


Tiada ulasan: