RANTAU PANJANG:
Senjata akhir Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kuasa
melalui persempadanan kawasan pilihan raya dianggap tidak memberi kesan
besar.
Biar pun dilakukan pemindahan secara
terancang kawasan kubu Umno ke Dun tertentu namun pola pengundian
dijangka tidak mengulangi apa yang berlaku pada persempadanan sebelum
ini.
Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul
Fatah Harun berkata, persempadanan yang dilakukan kerajaan BN kali ini
tidak menyeluruh, hanya membabitkan kawasan tertentu sahaja.
Antaranya kata beliau pemindahan semula
Dun Chetok daripada kawasan parlimen Pasir Mas ke Rantau Panjang hanya
mengulangi sejarah lama.
Katanya, Dun Chetok pada era sebelum 1990-an pernah berada di kawasan parlimen Rantau Panjang.
“Jadi tidak pelik sangat biar pun
harapan persempadanan itu bagi menguatkan Umno di Rantau Panjang dengan
mengeluarkan Dun Chetok daripada Pasir Mas.
“Manakala Dun Meranti yang menjadi kubu
kuat PAS di Rantau Panjang dikeluarkan dari parlimen Rantau Panjang ke
Pasir Mas,” katanya di sini.
Malah katanya, pertukaran nama Dun Bukit Tuku kepada Apam Putra juga pernah dicadang PAS Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan