Oleh Muhammad Ridz Effandy bin Ibrahim
SHAH ALAM: Seorang ahli PPBM tidak gentar sekiranya parti mahu
memecatnya ekoran lantang dalam mempertikaikan ketulenan dokumen yang
diserahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Zulkafle Tamam yang merupakan ahli aktif PPBM di Telok Kemang berkata,
apa yang dipersoalkan ahli adalah berdasarkan kebenaran apabila parti
itu berjaya menyiapkan dokumen terbabit sedangkan tidak pernah
mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan
"Tak adalah, apa nak ditakutkan?
"Memang betul pun tindakan sesetengah ahli memprotes mengenai laporan berkenaan.
"Setakat hari ini, cawangan tiada mesyuarat dan bahagian juga tidak panggil mesyuarat.
"Jadi macam mana kita nak percaya tentang pergerakan parti ini?, soal beliau ketika dihubungi Antarapos.
Minggu lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu memecat
ahlinya ekoran mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan parti
itu kepada RoS.
Muhyiddin juga menyelar mereka sebagai 'bodoh' kerana tidak melihat dan
memahami dokumen berkenaan tetapi mahu mempertikaikannya.
Kenyataan Muhyiddin itu selepas ahli PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad
mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitkan mesyuarat cawangan dan
bahagian yang diserahkan kepada RoS adalah palsu.
Ekoran katanya, PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat pada peringkat bahagian dan cawangan.
Sehubungan dengan itu, Zulkafle mendakwa pucuk pimpinan parti mempunyai
agenda tersendiri, meskipun sudah beberapa kali menyatakan parti perlu
mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Saya tidak tahulah, pucuk pimpinan pun tidak berkata apa-apa.
"Kita cuba melakukan perkara ini lama dulu, biar buat cawangan dan buat kerja ikut prosedur.
"Tapi masing-masing mungkin ada kepentingan sendiri, tak tahulah," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan