Tiada kuil diroboh, orang India diberi hak kebebasan beragama
CHANGKAT JERING
– Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memuji kerajaan PAS Kelantan
kerana mampu menjaga kebajikan umat Islam di negeri itu, bahkan orang
bukan Islam juga turut mendapat kelebihan sama.
Calon DHPP
Parlimen Kampar, M Yogen berkata, PAS tidak menganggu orang bukan Islam,
malahan hak kebebasan beragama juga tidak pernah diganggu gugat.
“Ini adalah
faktor utama pengundi masyarakat India kini cenderung menerima parti
ini. Malah tiada sebuah kuil Hindu pun yang dirobohkan kerajaan PAS
Kelantan. Penganut agama itu diberi ruang membangunkan lebih banyak
rumah ibadat mereka,” katanya seperti dilapor portal tempatan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang sepuluh tahun bersama PAS melalui DHPP, mereka sudah diberi jaminan bahawa kepimpinan PAS akan menjaga kepentingan masyarakat bukan Islam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang sepuluh tahun bersama PAS melalui DHPP, mereka sudah diberi jaminan bahawa kepimpinan PAS akan menjaga kepentingan masyarakat bukan Islam.
“Jadi saya
yakin, PAS juga akan menjaga kemudahan penganut agama lain beribadat,
sebagaimana parti itu mempertahankan kesejahteraan agama Islam di negara
ini.
“Orang yang
kuat berpegang pada agama tidak akan menipu dan jujur pada Tuhan
masing-masing. Justeru, saya gembira bersama PAS. Saya nak beritahu
masyarakat India, hanya dengan kebaikan keagamaan sahajalah, sesebuah
kerajaan mampu memandu kesejahteraan rakyat,” katanya.
Selain
Yogan, dua lagi calon bukan Islam dipertaruhkan PAS Perak ialah S
Kumaresan bagi DUN Pasir Bedamar dan J Applasamy (DUN Sungkai).
Dua lagi tambahan calon bukan Islam dijangka akan diletakkan di kerusi Parlimen Taiping dan Beruas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan