KEADILAN DAILY
Pakatan Harapan dijangka mengumumkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 pada 25 April ini.
Perkara itu diumumkan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Permatang Pauh, hari ini.
Menurutnya, Pakatan Harapan juga akan bermesyuarat sebelum pengumuman rasmi dibuat.
“Kita sudah dapat senarai calon yang akan bertanding dan sedang melakukan penelitian sebab saya seorang saja yang akan tandatangan semua surat.
“Untuk Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) pun saya yang akan tandatangan. 25 April kita akan buat satu mesyuarat dan pada masa itu kita akan sediakan semua,” katanya, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis penyerahan bantuan Sekolah Agama rakyat (SAR) Pulau Pinang 2018 di Sekolah Agama Rakyat Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu.
Calon timbalan perdana menteri Harapan itu berkata, semua calon Harapan juga akan hadir pada majlis tersebut yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan