Jumaat, 6 April 2018

Dr M: BERSATU berfungsi seperti biasa ketika rayuan dibuat

MALAYSIAKINI

   
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih berfungsi seperti biasa sementara mereka merayu terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan sementara parti itu, kata pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Notis ROS) menyebut dibubarkan, yang tidak bermakna kami dibatalkan pendaftaran. Itu akan datang 30 hari selepas notis bahawa kami telah dibubarkan sementara.

"Kami tidak tahu sama ada ia 'bubar' atau 'batal', dan kami mengandaikan bahawa kami masih boleh berfungsi selama 30 hari ketika kami membuat rayuan, dan rayuan tersebut akan ditujukan kepada menteri yang berkenaan (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Oleh itu, tambahnya, parti itu masih berfungsi dan ROS, sebagai contoh, tidak boleh membuang gambar beliau (Mahathir) di papan iklan.

"Kami rasa kami mempunyai hak untuk menggunakan nama kami, memakai logo kami, dan sebagainya," kata Mahathir semasa sidang akhbar malam tadi di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Persidangan akhbar, yang diadakan selepas mesyuarat khas majlis tertinggi parti itu, turut dihadiri kira-kira 70 anggota dan penyokong BERSATU untuk bersolidariti bersama pemimpin parti itu.

Beliau menjelaskan sekali lagi bahawa parti itu, termasuk bahagian dan cawangan, masih boleh berfungsi dan pihak parti akan meneruskan kempennya sehingga ROS membatalkannya secara kekal.

Tiada ulasan: