IPOH: Dr Abdul Aziz Bari diumumkam sebagai calon Pakatan Harapan
mewakili DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada
PRU14 kali ini.
Pengumuman itu dibuat sendiri penyandangnya, Ong Boon Piow dalam satu ceramah di Station 18, di sini, pada Jumaat.
Dalam ceramahnya, Abdul Aziz berkata, beliau telah bertemu rakyat setempat bagi mendengar luahan mereka.
"InsyaAllah, jika saya dipilih sebagai calon di DUN Tebing Tinggi dan
menang, banyak yang kita akan bantu. Tapi biarlah menang sebagai
kerajaan, bukan pembangkang.
"Pelbagai tawaran kita senaraikan melalui manifesto seperti kad peduli
sihat, bantuan pinjaman kepada usahawan dan sebagainya jika Pakatan
Harapan membentuk kerajaan," katanya dipetik portal AstroAwani.
Hadir sama pada siri ceramah itu, Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh;
Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Howard Lee Chuan How, Timbalan
Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Abdul Aziz yang menyertai DAP pada tahun 2015 pernah bertanding pada
PRU13 di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR tetapi tewas kepada
BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan