LIHAT VIDEO DI SINI
Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengesahkan partinya bersetuju membuang logo Roket dan menggunakan satu simbol bersama yang diputuskan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, satu logo yang bakal digunakan DAP, PKR, Amanah dan PPBM akan diumumkan oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Gudang, Johor, esok.
“Ini bukan satu keputusan yang mudah untuk saya kerana sebagai setiausaha agung, buat kali pertama masuk medan pertandingan tanpa menggunakan logo roket bukan sesuatu yang mudah diterima,” katan Guan Eng.
Difahamkan logo bersama yang akan digunakan PH itu adalah logo PKR.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata Sarawak dan Sabah masih lagi menggunakan logo Roket disebabkan autonomi yang dimiliki kedua-dua negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan