KUALA LUMPUR:
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan
PAS akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan raya Umum
ke-14 (PRU14) ini.
Beliau juga menjangkakan kedua-dua kerusi DNS di bawah Parlimen Shah Alam akan dimenangi oleh PAS.
Khalid berkata demikian dalam Program
Program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU 14 yang
diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, malam tadi yang disiarkan
secara langsung. Turut berucap ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ustaz sallehen Mukhyi.
Beliau memberikan sedikit statistik
berkaitan pengundi di kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum
lepas di mana pengundi berdaftar sebanyak 99,957 dengan pengundi Melayu
sebanyak 69%, pengundi Cina (16%) dan pengundi India (15%).
Statistik terkini pengundi di Shah Alam
sebanyak 91,171 orang dengan pengundi Melayu sebanyak 77%, pengundi Cina
(7%) dan pengundi India (13%).
Beliau menjangkakan PAS akan mendapat
sekurang-kurangnya 44,000 undi pada PRU14, Pakatan Harapan (16,000 undi)
dan Barisan Nasional (34,000 undi).
Sehubungan itu, katanya jentera PAS
perlu bekerja keras dan dapat menggunakan peluang yang ada dengan baik
supaya dapat mengambil kembali kerusi Parlimen Shah Alam. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan