ISMA WEB
"Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya 6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya." - Pengerusi Pameran Al-Haramain, Syeikh Faiz al-Faiz
BANGI
– Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary berkata, dakwaan Perdana
Menteri bahawa beliau memasuki makam Rasulullah SAW ketika mengadakan
lawatan ke Arab Saudi, baru-baru ini, adalah tidak benar.
Merujuk Kitab Wafaul Wafa
oleh Imam As-Samhudiy, beliau berkata, ada dua lapisan dinding yang
menutupi makam Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina
Umar, yang tiada pintu.
Beliau
berkata, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya, hanya masuk melalui pintu
Saidina Fatimah dan melihat kawasan ruang dinding luar kedua yang
ditutupi kain berwarna hijau sebagaimana orang kenamaan lain.
Bagaimanapun,
kenyataan itu disanggah Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang
mendakwa beliau melihat sendiri Najib masuk ke rumah Aisyah.
“Rumah Aisyah adalah tempat Nabi SAW dikebumikan. Maka umumnya itu dikira kawasan maqam,” katanya dalam Twitter beliau.
Fathul
Bari juga berkata, tidak ada kenyataan daripada Najib mengenai orang
yang memberi salam dari kawasan Masjid Nabawi, tidak sampai kepada
Baginda SAW.
Dalam
Facebooknya, Ustaz Abu Syafiq berkata, kawasan dalam makam Rasulullah
SAW tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 Hijrah
sehingga kini.
“Maka
dakwaan beliau (Najib) jelas tersasar. Dakwaan kedua beliau bahawa orang
Islam yang memberi salam kepada Baginda Nabi dari Masjid Nabi di
kawasan kebiasaan memberi salam itu adalah salamnya tidak sampai terus
kepada Nabi, tetapi dirinya (Najib) yang memberi salam kepada Nabi
sampai terus secara direct kepada Rasulullah SAW.
“Kenyataan
tersebut bercanggah dengan Islam dan bercanggah dengan hadith Nabi yang
menyatakan: “Sesiapa yang memberi salam kepadaku maka Allah akan
kembalikan rohku dan aku menjawab salamnya”, Riwayat Abu Daud,” katanya.
Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik klip video ucapan Najib pada Program Khas Haji YAB Perdana Menteri – Yayasan 1MDB – di Masjid Putrajaya, Jumaat lalu. Antara lain dalam ucapannya, Najib berkata:
“Kalau
kita betul tuan-tuan, takkan saya sebagai ketua kerajaan diberi
penghormatan yang teristimewa dalam lawatan mengerjakan ibadat umrah
baru-baru ini, saya diberi pertimbangan teristimewa kerana baginda Raja
Salman bersetuju membenarkan saya masuk makam Rasulullah.
“Yang kita
biasa ziarah tu, di luar pintu hijau, saya niat di hati satu hari nak
masuk pintu tu. Alhamdulillah Tuhan makbulkan dapat masuk makam
Rasulullah.
“Ada ulama
kata kalau di luar, kita menyampaikan salam kepada Rasulullah melalui
malaikat, tapi kalau di dalam depan dengan makam Rasulullah, terus
direct dengan Rasulullah. Mudah-mudahan, itulah, mudah-mudahan mendapat
syafaat dari Rasulullah untuk negara kita supaya Malaysia ini terus
menjadi negara Islam contoh progresif, maju dan jaya.”
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Syafiq berkata, mengkhususkan salam diberi daripada dirinya itu sampai terus kepada Rasulullah SAW dan pada waktu yang sama menidakkan salam orang Islam lain, adalah dakwaan batil bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Syafiq berkata, mengkhususkan salam diberi daripada dirinya itu sampai terus kepada Rasulullah SAW dan pada waktu yang sama menidakkan salam orang Islam lain, adalah dakwaan batil bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Para
mufti dan menteri agama serta para Habaib sepatutnya tegur dan bukan
menganggukkan saja pada dakwaan batil tersebut. Bukan niat saya
memburukkan DS Najib yang saya sayangi tetapi penipuan ke atas apa-apa
yang berkaitan dengan Sayyiduna Rasulullah adalah besar dan serius,”
katanya.
Bagi
memperkuatkan hujahnya, Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik kenyataan
Pengerusi Pameran Al-Haramain yang juga Pegawai di Masjid Nabawi, Syeikh
Faiz al-Faiz, mengenai makam Rasulullah SAW.
Antara
lain dalam kenyataan itu, Syeikh Faiz berkata, ada orang bertanya,
mengapa ada dinding di makam nabi, kenapa tidak nampak secara terus
makam nabi.
“Ini
kerana jika nampak, akan berlaku musibah yang amat besar… Allah
memelihara makam nabi dengan tiga dinding. Dua dinding dan satu dinding
bertingkap.
“Tengok
ikut tingkap, tak nampak apa-apa… kalau masuk melepasi tingkap, tak
nampak juga. Akan nampak dinding tinggi ditutupi kain hijau. Tingginya
6.5 meter. Ia tertutup selama-lamanya,” katanya.
Menjawab
soalan, Syeikh Faiz berkata, selepas dinding itu, bukannya dilarang
masuk, tetapi sememangnya tidak boleh masuk kerana tertutup
selama-lamanya.
“(Itulah)
sebagai tanda Allah memelihara makam nabi. Kerana Allah memakbulkan doa
nabi, “Ya Allah, jangan jadikan makamku sebagai sembahan”. Kalaulah
makam nabi depan manusia (boleh dilihat langsung), akan berlaku musibah
emosi, fitnah. Dalam masa sehari, habis hancur makam nabi.
“Tak betul
jika ada video yang mengatakan dalam kawasan makam ada rambut, pedang
nabi dan sebagainya. Itu hanya untuk tujuan promosi pelancongan. Tiada
ada apa-apa pun di dalamnya dan tiada siapa tahu kerana ia ditutup.
Antara tiga makam terdapat dinding yang memisahkan ketiga-tiganya,”
katanya.
(Tonton video penerangan Syeikh Faiz menerusi pautan video di bawah, bermula minit 44:00 hingga 45:30)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan