PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk menentukan kedudukan Ahli Parlimen
Pandan, Rafizi Ramli selepas beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan
oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah
berkata, kes tersebut hanya akan menjadi muktamad selepas semua proses
perundangan berkaitannya diselesaikan sepenuhnya.
"Buat masa ini masih terlalu awal untuk SPR memberi sebarang komen
berhubung kedudukan Rafizi sama ada boleh bertanding atau tidak pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti," katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini
Beliau berkata, Rafizi masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan
dan buat masa ini kedudukan beliau selaku Ahli Parlimen Pandan adalah
kekal.
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 bulan
ke atas Naib Presiden PKR itu didapati bersalah kerana melanggar Akta
Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).
Rafizi bertanggungjawab mendedahkan dokumen penyata baki akaun milik
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Nasional Meat & Livestock Sdn.
Bhd, enam tahun lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan