IPOH: Empat penjenayah bertopeng dipercayai warga asing, berputih mata
apabila gagal merompak sebuah kedai pajak gadai di Menglembu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, tindakan pantas pasukan ronda
cegah jenayah dari Balai Polis Menglembu dan Unit Kereta Peronda (MPV)
berjaya mengepung kawasan berkenaan sehingga menyebabkan suspek tersebut
gagal meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, hasil
siasatan mendapati, penjenayah cuba untuk memecah masuk kedai pajak
gadai berkenaan dengan menebuk dinding melalui kedai membeli barang
kemas terpakai yang terletak di sebelahnya.
“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati pintu belakang
kedai terbuka dan polis telah menelefon pemilik premis. Pemilik kedai
memberitahu, dia tidak dapat melihat rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) melalui telefon bimbitnya, mungkin disebabkan wayarnya telah
dipotong.
“Dua penjenayah ditahan ketika bersembunyi di atas bumbung, seorang
lagi menyorok di dalam kedai sementara satu lagi ditangkap ketika
menunggu di dalam kereta,” katanya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan