Pengerusi
PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersorak sambil mengangkat tangan tanda
sempurnanya perhimpunan sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin
Yassin (duduk tiga kiri), Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir (duduk dua kanan), Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Ab. Rashid
Ab. Rahman (duduk kanan) dan Ahli Majlis Tertinggi pada Perhimpunan
Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor. foto
IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Langkah sekumpulan bekas ahli yang mahu
berhimpun untuk mendesak tindakan diambil terhadap Parti Peribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) mula menimbulkan rasa cemas parti tersebut. PPBM bagai retak menanti belah.
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor nyata tidak senang
dengan tindakan sekumpulan bekas ahli tersebut untuk bertemu dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mempertikaikan tindakan mereka
kerana sudah tidak lagi menjadi ahli lagi.
“Kenapa mereka yang bukan lagi ahli Bersatu menyibuk tentang urusan parti ini?
“Kalau bekas (ahli Bersatu), kenapa masih menyibuk? Kalau masih ada
masalah dengan Bersatu, datang bertemu dengan kita dan bukan gunakan
cara berhimpun nak mendesak ROS batalkan kami,” beliau dipetik berkata
dalam Sinar Harian.
Terdahulu, bekas Exco Pemuda PPBM, Muhammad Hafiz Azhar merancang
untuk mengadakan himpunan aman pada 22 Februari ini bagi mendesak
tindakan lebih tegas ROS terhadap parti itu.
Menurut Muhammad Hafiz, himpunan tersebut akan tetap diteruskan
berikutan masih belum ada sebarang tindakan terhadap parti itu yang
secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti sendiri. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan