Majlis
Pimpinan (MPN) PKR Negeri Selangor, hari ini, menyatakan pendirian
bersama menyokong kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali
selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.
Setiausahanya Borhan Aman Shah berkata, MPN mengharapkan semua parti komponen dalam PH menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi PH Selangor bagi memastikan PH di negeri itu berjaya menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Berpandukan perlembagaan dan perkembangan politik semasa khusus di negeri Selangor, kami menyokong penuh MB selaku pengerusi PH Selangor disebalik serangan yang disasarkan kepada beliau.
“Kami harap semua parti komponen menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepadaPengerusi PH Selangor bagi memastikan kecemerlangan PH untuk tumbangkan BN.
“Mesej kami kepada mana-mana pihak yang berkenaan sekiranya wujud kekeliruan hentikanlah segala kesusutan kekeliruan dan salah faham yang mana ia boleh diselesaikan secara berhemah,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga menyambut baik dengan saranan Presiden AMANAH Mohamad Sabu yang menyeru komponen PH Selangor bermuafakat dan saling mempercayai, bersabar dan menghormati rakan komponen dalam usaha bersama untuk menumbangkan Umno-BN.
Katanya ini selari dengan kenyataan Azmin yang menyambut baik saranan Mohamad untuk penyelesaian isu rundingan kerusi ini dalam suasana kekeluargaan.
“Kami berharap agar semua salah faham dan kekeliruan salah sangka dapat dilupakan dan mulakan episod baharu PH Selangor agar lebih dinamik dan berpadu untuk masa depan Selangor.
“Adalah menjadi perkara biasa didalam sesebuah organisasi tercuit, tersentuh, tercubit, berselisihan pendapat adalah lumrah,” ujarnya.
Ketua Wanita PKR Selangor Haniza Talha dalam sidang media sama berkata, pendirian MPN yakin dengan kepimpinan Azmin bukan sahaja sebagai pemimpin dalam parti politik tetapi sebagai ketua sebuah kerajaan di negeri Selangor.
‘
Malah katanya lagi rundingan kerusi di negeri itu masih lagi dalam perbincangan dan ia bukan sahaja di Selangor tetapi beberapa negeri lagi masih lagi diperingkat rundingan.
“Saya perlu tegaskan bukan sahaja negeri selangor masih menjalankan perbincangan tetapi negeri lain juga masih berjalan rundingan antara rakan dalam PH.
“Adalah tidak wajar untuk ‘simple up’ Selangor sebagai negeri yang belum selesai rundingan.
“Perlu diingat di negeri Selangor Pakatan Harapan sebuah kerajaan dan matlamat utama untuk kekalkan kerajaan sedia ada untuk memastikan calon yang dipilih akan membawa kemenangan kepada Selangor.
“Ia (keputusan) bukan perkara mudah dan perlu dipertimbangkan. Sudah tentu ambil proses beberapa kali rundingan.
“Saya yakin kepimpinan akan selesaikan perkara ini lebih cepat,” ujarnya yang menjelaskan turut berada dalam mesyuarat rundingan kerusi di negeri itu.
Menjawab pertanyaan media dakwaan Azmin rundingan 80 peratus kerusi sudah dijalankan Haniza berkata, rundingan kerusi sudah berlaku.
“Proses rundingan telah berjalan kita sepakat kerusi yang dimenangi parti komponen kekal dengan parti tersebut ada kerusi yang belum dimenangi juga kekal dengan parti yang telah bertanding ditempat tersebut jika ada permintaan akan dirundingkan.
“Dan juga kerusi ditandingi oleh Pas akan dibincangkan dan ada kerusi yang dipohon oleh rakan rakan kita ambil maklum tentang permohonan tersebut.
“PH perlu berbincang dengan parti masing-masing. Permohonan daripada rakan kompenan kita ambil maklum,” ujarnya.
Tambah Haniza lagi, MPN selangor akan mendokong apapun keputusan Pakatan Harapan Selangor dalam keputusan rundingan kerusi PH di negeri itu.
Sidang media MPN Selangor ini telah dihadiri seramai 12 ketua cabang PKR Negeri Selangor yang diwakili wanita dan AMK.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan