Isnin, 5 Februari 2018

PKR adalah parti primadona, kata Zaid PKR adalah parti primadona, kata Zaid



PKR adalah parti primadona, kata Zaid



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sebagai sebuah parti defacto kepada Pakatan Harapan di Selangor dan PKR juga dianggap sebagai sebuah parti Primadona yang mana parti komponen terpaksa mengikut rentak PKR.

Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisan diblognya hari ini mendakwa, Pakatan Harapan di Negeri Selangor dilihat tergesa-gesa dalam usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin kerusi parti masing-masing untuk kepentingan mereka.

Perkara itu berlaku ujarnya lagi, kerana Pakatan Harapan berkeyakinan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Maka PKR ujarnya akan menjadi parti penentu (defacto) terhadap parti dalam komponen Pakatan Harapan.

“Mungkin ini adalah apa yang berlaku apabila mereka fikir kerajaan akan jatuh.

“Terdapat dalam kumpulan pembangkang mereka tergesa-gesa cuba menyelamatkan kerusi untuk diri mereka sendiri.

“Semua yang mereka fikirkan adalah kepentingan parti mereka, Ini kerana mereka semua percaya bahawa kemenangan tidak dapat dielakkan.

“Terutamanya PKR dilihat sebagai parti yang mahu mengawal Putrajaya (dengan calon interim PM). Mereka mahu menentukan syarat-syarat yang mesti diikuti oleh rakan dalam pembangkang.

“Mereka bertengkar seolah-olah mereka adalah pemimpin de facto gabungan itu. Di Selangor dan di Negeri Sembilan, mereka menunjukkan warna sebenar mereka,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut kerana dibimbangi akan tidak disenangi oleh rakan dalam pembangkang.

Tambah Zaid lagi, “sebelum anda menyerang saya dan menuduh saya tidak bersyukur dan lain-lain.

“Apa yang ingin saya katakan ialah jika tidak ada perubahan berlaku pada pilihan raya yang akan datang ini kerana pakatan Pembangkang tidak dapat menanam disiplin dan menguruskan parti dengan baik kerana PKR dianggap sebagai Primadona,” ujarnya.

Sebelum itu dalam tulisannya beliau menceritakan bagaimana beliau menghabiskan masa cutinya di Johor Bharu dan bertemu dengan rakan sekolah lamanya, pemilik kedai, pemandu Grab dan mak cik di Pasar Larkin .

Kata Zaid sebagai “wakil” kepada rakyat Malaysia beliau diberitahu mengenai kehidupan yang terpaksa ditempuhi dan bagaimana kesukaran mereka untuk membeli kerana kenaikan harga barangan dan bagaimana perasaan mereka dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Mereka bimbang tidak ada cukup simpanan dan jika anak-anak mereka tidak mampu untuk membeli rumah untuk diri mereka sendiri. Mereka semua berharap untuk perubahan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Jangan salahkan saya. Saya tidak berkempen atau melobi sesiapa. Saya hanya ingin tahu bagaimana perasaan rakyat tentang pilihan raya yang akan datang ini.

“Mereka mesti risau apabila mereka melihat pemimpin-pemimpin pembangkang berperang di antara mereka sendiri. Saya cuba memahami mengapa pemimpin-pemimpin pembangkang bergaduh dan mengatakan antara mereka berbohong apabila sokongan pengundi sudah matang mudah diperolehi,” ujarnya.

Tiada ulasan: