KOTA BHARU: Usaha PAS memperkenalkan lafaz baiah
kepada bakal calon yang bertanding kini turut dijejaki Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila menganjur Ikrar Bebas Rasuah
(IBR) kepada calon pilihan raya.
Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar
Abdullah berkata, langkah PAS memperkenalkan baiah bertujuan mengawal
calon menggunakan kedudukan untuk tujuan yang salah.
Bagaimanapun katanya, pada masa itu semua pihak mengkritik langkah tersebut.
“Sekarang SPRM pula bersedia untuk
mewujudkan perkara serupa sempena PRU 14. Kami buat baiah semua orang
bising, sekarang SPRM pula yang nak buat,” katanya di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha SPRM memperkenalkan
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas untuk calon pilihan raya jika ada
permintaan daripada mana-mana parti politik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri
Dzulkifli Ahmad dilapor berkata, tidak kira parti politik mana sekali
pun bebas untuk memohon IBR.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri
Besar berkata, sekiranya peraturan itu menjadi arahan SPR, PAS akan akur
walaupun setiap kali pilihan raya lafaz baiah dilakukan calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan