PERANCANGAN yang baik tetapi perlaksanaannya penuh dengan bermacam masalah di mana hanya 26 unit sahaja sehingga Disember 2017 berjaya diduduki, itu pun banyak masalah lain belum dibereskan.
Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai perancangan penyelesaian masalah rumah anak generasi kedua Felda sangat dinantikan oleh seluruh anak peneroka Felda.
Projek yaang dimulakan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu untuk membina 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun, iaitu bermula 2013 dengan sasaran 4,000 unit kediaman disiapkan setiap tahun, ternyata gagal dan peratusan siap dan serah sangat kecil di bawah satu peratus.
PGBF sepatutnya siap sepenuhnya 2018 namun, timbul beberapa masalah antaranya isu pengambilan tanah, kemudahan utiliti, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemilihan kontraktor yang bermasalah dan tidak mampu. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan