KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).
Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 9
Februari lalu akibat jangkitan kuman di dada selepas mengalami batuk.
IJN sebelum ini menahan Dr Mahathir di wad am bagi membolehkan beliau menerima rawatan selain dipantau rapi.
Dr Mahathir sebelum itu dijadualkan menjayakan program Walkabout di
Bentong, namun terpaksa membatalkannya selepas dimasukkan ke wad.
Bekas perdana menteri itu kini berusia 92 tahun sebelum ini pernah
dimasukkan dua kali ke IJN iaitu kali terakhir pada 9 Ogos, 2016 dan
pada 16 November 2013
Pada Disember tahun lalu, Dr Mahathir tidak hadir pada sesi ceramah di
Ipoh berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan pada Julai,
beliau turut membatalkan kehadirannya pada majlis makan malam kutipan
dana di Kluang juga disebabkan masalah kesihatan.
Pada 1989, beliau pernah mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.
Beliau turut menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan