Rabu, 7 Februari 2018

Dadah bernilai RM4.5j dirampas

Wartawan MalaysiaGazette
 
 

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket menyeludup pil ecstasy ke Indonesia dengan tangkapan tujuh orang termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan di Rawang, Kuala Lumpur dan Gombak pada malam kelmarin.

Dadah bernilai RM4.5 juta dan barangan yang digunakan untuk memproses dadah turut disita.

Dalam sidang akhbar di sini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Timbalan Komisioner Datuk Kang Chez Chiang berkata, kumpulan itu dipercayai telah beroperasi lebih daripada enam bulan.

Menurutnya, kumpulan itu mengeksport dadah ke Indonesia yang mana nilainya lebih tinggi antara tiga hingga 10 kali ganda berbanding di Malaysia.

Dengan rampasan itu, polis dapat menghalang kira-kira 145,000 penagih mendapat bekalan dadah, katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: