PORT DICKSON: Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin
Ahmad memberitahu, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang mati
dipercayai akibat didera turut digigt di leher oleh bapa kandungnya.
Katanya, pengakuan itu diperoleh dari bapanya yang merupakan suspek utama ketika soal-siasat dijalankan.
"Selain itu, dia turut mengaku menyuruh mangsa melakukan tekan tubi
sebanyak 500 kali. Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun
lalu dengan alasan kononnya mangsa seorang kanak-kanak yang degil,"
katanya dipetik BH Online.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia 31
Januari lalu, dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya,
sebelum keputusan bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan pada
buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk.
Berikutan itu, pasangan itu yang masing-masing berusia 35 dan 34 tahun, ditahan reman tujuh hari sehingga semalam.
Namun tempoh tahanan reman itu dilanjutkan tujuh hari lagi, bagi
membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Zainudin berkata, kedua-dua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan