Sabtu, 3 Februari 2018

Azmin tak layak jadi pemimpin - Amanah Selangor

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak layak menjadi pemimpin, kata Amanah Selangor.
 
Kenyataan itu dibuat Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, ekoran kegagalan Menteri Besar Selangor itu menangani isu membabitkan pengagihan kerusi negeri itu.
 
Katanya lagi, Azmin mempunyai pemikiran silo, satu sikap negatif dalam seseorang pemimpin.
 
Malah Izham turut memberitahu, jawatankuasa pilihan raya pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan pengagihan kerusi seperti yang didakwa Azmin.
 
"Tindakan menuduh PAN (Amanah) sebagai tidak amanah dan penipu tidak sepatutnya dilakukan olehnya (Mohamed Azmin), yang juga rakan dalam Pakatan Harapan.
 
"Kami tidak menafikan ada empat mesyuarat (yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Raya) sebelum ini tetapi mereka hanya membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
 
"Dalam mesyuarat, wakil parti berbincang mengenai hal pilihan raya dan bukan mengenai pengagihan kerusi.
 
"Mereka tidak diberi mandat untuk membincangkan pengagihan kerusi. Wakil kami sentiasa menyatakan setiap kali mesyuarat diadakan," katanya dipetik BH online.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menggelar Amanah sebagai penipu dan sebuah parti yang tidak amanah apabila mengatakan pakatan pembangkang masih belum membincangkan pengagihan kerusi.
 
Izham berkata, Amanah turut menulis surat kepada Pengerusi PH Selangor itu dan memintanya membincangkan mekanisme untuk menangani isu pengagihan kerusi tetapi Mohamed Azmin masih belum memberi maklum balas.
 
"Beliau mendakwa 80 peratus daripada kerusi yang sudah diputuskan tetapi kami (PAN) tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Mohamed Azmin tidak pernah membincangkan isu dengan parti komponen sebaliknya memilih untuk bertindak sendirian," katanya.
 
 

Tiada ulasan: