SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor akan mengadakan perjumpaan
pada 7 Februari (esok) untuk membincangkan isu agih kerusi di negeri
itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi sepucuk surat rasmi
turut meminta parti komponen menghantar empat wakil untuk tujuan
rundingan itu.
Dalam surat itu, Azmin mengesahkan PKR telah melantik timbalan
pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Petaling Jaya
Selatan Hee Loy Sian dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa sebagai wakil
parti itu.
Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan tarikh dan tempat mesyuarat tersebut.
"Tetapi ada sikit good news. Mesyuarat pertama hari Rabu sekitar 10.30
pagi 7 Februari," kata Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim dipetik
Malaysiakini.
Wakil DAP Tony Pua pula berkata partinya akan melantik empat anggota
sebagai wakil dalam jawatankuasa rundingan kerusi pilihan raya.
"Kami mahu suatu penyelesaian segera dalam semangat Pakatan Harapan dengan kesemua parti merupakan adalah setaraf," kata Pua.
Amanah, PPBM dan DAP sebelum ini menggesa Azmin mengadakan perbincangan
agih kerusi dalam jawatankuasa khas dan bukannya menerusi Jawatankuasa
Pilihan Raya PH Selangor.
Azmin kemudiannya bertindak menukar nama jawatankuasa pilihan raya itu
kepada Jawatankuasa Pengagihan Kerusi PH Selangor, selepas ditekan
pelbagai pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan