OLEH SABIRAH AZIZ
SUBANG: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lagi terkawal
walaupun terdapat beberapa tempat menuju ke arah utara perlahan.
Menteri
Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia ekoran pergerakan
kenderaan berat yang perlahan menaiki bukit, dari Tapah dan terowong
Menora.
“Trafik di selatan juga lancar, namun kenderaan dilihat agak perlahan menuju ke Skudai dan pintu masuk ke Singapura.
“Bagaimanapun, secara umumnya, keadaan trafik agak lancar dan terkawal dengan tiada kesesakan serius,” katanya.
Sementara itu, Fadillah berkata, keadaan di lebuh raya dan jalan persekutuan pula didapati agak lengang.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media pemantauan trafik melalui udara
sempena cuti Tahun Baharu Cina, di Menara Korporat Persada PLUS, di
sini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Datuk Seri Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS
Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan