Khamis, 15 Februari 2018

ADUN Gunung Semanggol stabil selepas jalani pembedahan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: ADUN Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Selasa lalu ekoran mengalami masalah hipertensi, kini stabil selepas menjalani pembedahan.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menziarahi wakil rakyat PAS itu hari ini berkata, Mohd Zawawi sedang menjalani proses pemulihan.
 
“Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh doktor bahawa beliau stabil dan sedang menjalani proses yang perlu dilakukan. Bersama-samalah kita mendoakan beliau kembali pulih.
 
“Saya juga telah berjumpa dengan ahli keluarganya, memberi kata-kata perangsang supaya bersabar menghadapi cabaran ini,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Zambry meluangkan masa 30 minit melawat Mohd Zawawi yang masih tidak sedarkan diri.
 
Mohd Zawawi dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dipercayai akibat hipertensi pada Selasa lalu. 
 
Mohd Zawawi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak segera dikejarkan ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB. 


Tiada ulasan: