Khamis, 1 Februari 2018

13 ADUN PAS Selangor masih belum dapat peruntukan - Iskandar Samad

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad mengesahkan peruntukan kawasan terhadap kesemua 13 ADUN parti itu masih belum dapat dikeluarkan sehingga kini, biarpun sudah memasuki bulan Februari.
 
Bercakap kepada Antarapos hari ini, Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, PAS Selangor yang diwakili Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi meminta penjelasan mengenai ‘pembekuan’ berkenaan. 
 
“Memang kami diberitahu oleh pejabat daerah bahawa ianya tak dapat dikeluarkan.. masih (belum dapat dikeluarkan) sehingga sekarang. 
 
“Sekarang ini apa yang berlaku adalah ADUN-ADUN PAS, kita terpaksa guna peruntukan sendiri, bermakna duit sendirilah yang kita guna (untuk laksana program). Program kita masih berjalan, kita guna duit peribadi.
 
“Saya tak tahu apa yang terjadi, sebab saya difahamkan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Ustaz Sallehen akan berjumpa dengan Menteri Besar,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: