Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Pas sudah menentang Umno selama 66 tahun sejak BN dikenali sebagai Perikatan lagi.
"13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU 14.
"Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi Pas yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan," soalnya.
Beliau juga menganggap dakwaan Pas sebagai punca jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai paling melucukan.
Tanggapan Pas menyertai Umno yang kerap disebut dalam program Pakatan Harapan, ujarnya, merupakan modal lapuk.
"Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum, 'Pas hendak masuk Umno'. Inilah tag line yang paling popular.
"Paling kelakar sekali menuduh Pas, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada Pas kerana Pas tidak mahu sertai Pakatan Harapan.
"Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini," bidas Idris lagi dipetik daripada tulisannya yang disiar penuh di laman web rasmi Pas, Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan