KERAJAAN Umno BN digesa mengambil langkah
inisiatif dengan segera bagi memulihkan kembali ekonomi rakyat yang
semakin tidak menentu pada hari ini.
Pengerusi
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri
Abdul Rahman mengingatkan kerajaan bahawa mereka tidak perlu tunggu
selepas Pilihan Raya ke-14 untuk mengambil langkah memulihkan ekonomi.
"Jangan tunggu sesudah PRU, rakyat Malaysia cukup terkenal dengan
sikap sabar, kalau selepas pilihan raya sikap sabar boleh bertukar
menjadi sebaliknya. Rakyat negara ini setiap hari bertambah dan tidak
pernah kurang," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan katanya, dengan pelbagai kenaikan bahan keperluan harian
seperti gula dan petrol mengundang lagi bebanan khususnya kepada rakyat
yang berpendapatan rendah dan merebak kepada mereka berpendapatan
sederhana.
Keadaan ini juga katanya, membuatkan rakyat semakin tidak percaya dengan kerajaan yang memerintah ketika ini.
"Setiap saat, hari, minggu, bulan dan setiap tahun ada sahaja berita dan cerita dari kerajaan, berita yang boleh memberi kegembiraan kepada rakyat hanya sementara untuk dinikmati berbanding berita yang mendukacitakan yang sentiasa menghantui rakyat," ujarnya.
Beliau memberi contoh pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang banyak menghadiahkan perkara-perkara baik kepada bangsa negara ini dan mengharapkan pengganti-pengganti selepasnya akan sentiasa memastikan legasi pentadbiran Tunku tidak disia-siakan.
"Akan tetapi, seperti kata pepatah sekali air bah sekali pasir berubah. Setelah era Dr Mahathir senario politik tanah air telah menjadi lebih dahsyat, tidak tahu di mana kesilapannya. Pengganti yang di kategorikan sebagai individu yang layak menjadi atau penyambung perjuangan kemerdekaan bertukar menjadi satu kerajaan yang sangat menakutkan rakyat memiliki kuasa melebihi dari Raja-raja Melayu," tegasnya.
Justeru beliau menyeru kepada pimpinan kerajaan agar kembalikan Malaysia kepada rakyat bangsa Malaysia yang boleh memberi kesejahteraan kepada bangsa mereka sendiri. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan