ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Sidang DUN Selangor hari ini kecoh apabila seorang ADUN DAP
mengeluarkan perkataan "tok lebai" yang disifatkan menyentuh sensitiviti
umat Islam di negara ini.
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung
kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan "tok lebai" yang
merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan
ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.
Datuk
Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan
menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia
seolah-olah menghina agama Islam.
"Dalam agama Islam, tok lebai merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.
Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan
kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker
DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik
semula perkataan itu.
Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.
Istilah "tok lebai" popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya baru-baru ini merujuk
seorang invidu sebagai tok lebai yang dikatakan bercita-cita hendak
menawan Selangor.
"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan